21 kes kematian dilaporkan, tertinggi sejak negara dilanda Covid-19

0
61
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Negara mencatatkan kes kematian berkaitan jangkitan Covid-19 tertinggi hari ini dengan 21 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham berkata, jumlah tersebut adalah paling tinggi sejak wabak penyakit itu dikesan di Malaysia sejak tahun lalu.

“Ini adalah rekod kes kematian tertinggi seharian sejak bermulanya pandemik ini. 20 kes kematian adalah warganegara.

“Ini menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 791 kes,” katanya hari ini.

Dalam pada itu, berdasarkan data yang dikongsi, katanya, hanya satu kes kematian dilaporkan tiada latar belakang penyakit kronik.

Katanya, kes kematian paling muda hari ini melibatkan seorang wanita berusia 36 tahun di Hospital Selayang, Selangor manakala kes paling tua, melibatkan pesakit perempuan berumur 83 tahun di Sabah.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here