30,000 keluarga di ibu kota di bawah paras miskin bandar

0
65
ANNUAR MUSA

KUALA LUMPUR – Kementerian Wilayah Persekutuan mengesan kira-kira 30,000 ketua isu rumah di 178 lokaliti di ibu kota tergolong dalam kategori bawah paras kemiskinan bandar.

Menterinya, Tan Sri Annuar Musa berkata, jumlah itu merangkumi keluarga yang berpendapatan RM2,200 seisi rumah.

Bagaimanapun katanya, jumlah tepat keluarga yang tergolong dalam kategori itu atau lebih miskin masih belum dikenal pasti.

“Ada pelbagai agensi yang melihat perkara ini seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Maiwp) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi)

“Kita akan cuba selaras sebab ada lain-lain jumlah contohnya Jawi mempunyai 23,000 sasaran ketua keluarga, kita pun ada rekod lebih kurang sama.

“JKM kira-kira 13,000. Apa pun, ada juga dah kaya tak nak keluar Program Perumahan Rakyat (PPR). Kita ada kira-kira 63,000 rumah PPR,” katanya.

Sehubungan itu katanya, usaha membantu dan meringankan bebas kehidupan yang ditanggung warga kota akan diteruskan melalui kerjasama dengan agensi yang berkenaan.

“Pendapatan sekitar RM2,000 kita anggap keluarga itu amat memerlukan bantuan.

“Di bandar seperti di Kuala Lumpur, ia tidak dapat memenuhi keperluan asas seperti makan, pakai dan tempat tinggal,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here