3,545 kes jangkitan baharu hari ini dengan 12 kematian

0
32
Tan Sri Dr. Noor Hisham Abbdullah

CYBERJAYA – Sebanyak 3,545 kes baharu positid Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes berkenaan di Malaysia ketika ini sebanyak 291,774 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, 3,544 merupakan penularan tempatan dan satu kes import jangkitan luar negara.

“Ketika ini, kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah sebanyak 30,677 kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Dr. Noor Hisham, pada hari ini terdapat 3,331 kes sembuh dengan jumlah kumulatif pulih adalah sebanyak 260,009 kes.

“Pada hari ini juga terdapat 12 kes kematian baharu hari ini menjadikan sebanyak 1,088 kes kematian Covid-19 di Malaysia,” katanya.

Dalam pada itu katanya, sebanyak 189 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 88 kes memerlukan bantuan pernafasan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here