4,055 kes sembuh hari ini

0
63
Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

CYBERJAYA- Sebanyak 4,055 kes sembuh Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh kini sebanyak 256,678 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 2,468 kes baharu positif Covid-19  juga dicatatkan hari ini.

Katanya, pertambahan kes baharu itu sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 288,229 kes.

“Daripada jumlah itu, terdapat empat kes import yang mendapat jangkitan di luar negara. Kes aktif dengan kebolehjangkitan ialah sebanyak 30,475 kes.

“Bagi penularan jangkitan Covid-19 mengikut negeri, Selangor mencatatkan kes harian tertinggi dengan pertambahan sebanyak 932 kes,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Dr. Noor Hisham terdapat pertambahan sebanyak 14 kes kematian baharu menjadikan jumlah kes kematian secara keseluruhannya kini 1,076 kes.

“Sehingga kinii, 196 pesakit sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 92 orang memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here