70 peratus Muslim tidak miliki hartanah

0
70
Projek perumahan bagai cendawan tumbuh ketika ini

CYBERJAYA – Kira-kira 70 peratus golongan Muslim tidak memiliki seunit pun hartanah di Malaysia, itu hakikat yang perlu di akui ketika ini.

Konsultan Komuniti Raudhah City, Syed Muhammad Syed Putra berkata, masalah berkenaan disebabkan oleh pelbagai faktor.

Beliau berkata, ketika ini terdapat kira-kira 30,000 unit hartanah bernilai lebih RM20,000 bilion tidak terjual di Malaysia.

“Hartanah tidak terjual ini bermaksud hartanah yang tidak terjual selepas sembilan bulan dirasmikan dan mendapat Sijil Siap dan Pematuhan (CCC).

Banyak unit kediaman yang siap dibina tidak dapat dijual

“Banyak faktor yang menyebabkan hartanah ini tidak terjual seperti strategi promosi, kawasan dan juga pemaju itu sendiri.

“Kena tengok sama ada ada pemaju ini bina untuk komuniti dan adakah ia bersesuaian dengan kehendak komuniti.

“Kalau kita tengok, jika projek tidak menepati apa yang ‘basic’ kepada komuniti jawapan dia ‘tamak’. Projek jadi bina tetapi tidak terjual,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam program bual bicara  Ekonomi Kita: Hartanah Tidak Terjual yang disiarkan secara langsung di facebook Malakat Now baru-baru ini.

Menurut Syed Muhamad,  selain hartanah tidak terjual, hartanah yang tidak digunakan juga masih banyak terdapat di Malaysia.

“Hartanah yang tidak digunakan ialah hartanah yang telah dijual tetapi tidak digunakan. Ada orang boleh beli dua atau tiga rumah, itu tidak menjadi masalah jika mampu.

“Hartanah tidak digunakan ini biasanya dibeli atas sebab untuk pelaburan, dijual oleh pemaju sebab dengan alasan senang untuk disewakan.

“Namun hakikatnya, kawasan berkenaan susah untuk disewakan dan dikategorikan dalam hartanah yang tidak digunakan.

“Kita boleh tengok sebagai contoh di Cyberjaya, banyak hartanah yang tidak terjual dan tidak digunakan. Itu masalah kerana mereka tidak fokus.

“Tidak fokus ini bermaksud tidak mengikut kehendak komuniti. Ini berbeza dengan konsep yang diterapkan di Raudhah City,” katanya.

Syed Muhammad berkata, di Raudhah City, unit hartanah dibina dan dijual kepada komuniti dan komuniti pada mulanya hanya perlu mendaftar minat sahaja.

“Kita kurangkan risiko, tengok siapa minat terlebih dahulu. Kalau ada permintaan kita akan laksanakan dan proses seterusnya niat untuk bina kepada komuniti.

Konsep Tiny House

“Kita bina Muslim Village Eco Resort, ini permulaan kita bangunan hartanah untuk dimiliki oleh orang kita, sekurang-kurangnya satu unit seorang.

“Kita tengok permintaan dan juga pasaran bagi mengelak tidak terjual. Di Muslim Village Eco Resort kita buat konsep percutian untuk keluarga,” katanya.

Dalam pada itu katanya, konsep yang digunakan di Muslim Village Eco Resort sangat unik iaitu ‘Tiny House’ yang popular di negara-negara luar.

“Konsep ini ‘Tiny House’  ini sudah terbukti, kita perkenalkan idea yang anda dapat rumah yang kecil tetapi ‘big living’ dan ‘just nice’ untuk keluarga.

“Tiny House merupakan tempat untuk berehat sahaja, di kawasan luar rumah masih kawasan anda untuk berjemaah dan aktiviti bersama komuniti.

“Konsep yang dibawa Muslim Village Eco Resort ini memperkenalkan satu gaya hidup baru yang mengamalkan agama yang sempurna,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here