Abdul Hadi keluar IJN hari ini

0
49
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang

CYBERJAYA- Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dibenarkan pulang hari ini selepas menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) sejak Isnin lalu.

“Syukur Alhamdulillah, hari ini saya telah dibenarkan untuk pulang setelah menerima rawatan di IJN sejak Isnin.

“Saya amat berterima kasih dan terhutang budi kepada doktor dan petugas di Unit Kecemasan Hospital Putrajaya dan IJN di atas kecekapan dan profesionalisme yang tinggi serta semua yang mendoakan kesihatan saya,” katanya melalui ciapan di laman Twitter hari ini.

Abdul Hadi dikejarkan ke Jabatan Kecemasan Hospital Putrajaya pada pukul 7.50 malam pada Isnin lalu selepas mengalami sesak nafas sebelum dirujuk ke IJN.

Anak beliau, Muhammad Khalis dalam kenyataan di laman Facebook sebelum ini mengesahkan bapanya itu stabil ketika dirawat di IJN.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here