Afrika Selatan tangguh sementara program pemberian vaksin AstraZeneca

0
54

JOHANNESBURG – Afrika Selatan menggantung program vaksinasi Covid-19 menggunakan vaksin keluaran AstraZeneca setelah ia didapati tidak berkesan menghalang jangkitan yang disebabkan oleh varian negara tersebut.

AFP melaporkan, ujian dijalankan oleh Universiti Witwatersrand mendapati, vaksin keluaran firma tersebut ‘hanya memberi perlindungan minima’ bagi kes bukan kritikal.

Difahamkan, Afrika Selatan akan memulakan program vaksinasi terhadap rakyatnya dalam masa beberapa hari lagi.

“Ini merupakan satu isu sementara, yang mana kita terpaksa menghentikan pemberian vaksin AstraZeneca,” kata Menteri Kesihatan, Zweli Mkhize semalam.

Mkhize menambah, bekalan daripada pembekal lain iaitu daripada J&J dan Pfizer akan tiba dalam masa 4 minggu lagi.

Afrika Selatan sudah menerima sebanyak 1 juta dos vaksin keluaran AstraZeneca, dengan 500 ribu dos lagi dijangka sampai pada bulan ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here