Agong zahirkan ucapan tahniah buat Nur Athirah dan Putera Aiman

0
138
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan tahniah kepada Nur Athirah dan Putera Aiman di laman Facebook Istana Negara.

CYBERJAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan tahniah kepada Nur Athirah Mohamad Zaini dan Putera Aiman Abdul Rasyid.

Ucapan berkenaan dizahirkan atas kejayaan mereka berdua yang tersenarai dalam kedudukan kedua dunia selepas memperolehi markah tinggi bagi peperiksaan Certified Accounting Technician (CAT).

Seri Paduka Baginda dalam satu hantaran di akaun Facebook Istana Negara turut berbangga atas kejayaan kedua-dua pelajar berkenaan yang telah  menjulang dan mengharumkan nama negara.

Nur Athirah dan Putera Aiman, masing-masing berumur 19 tahun berkongsi tempat pertama di Malaysia dan kedua di dunia bagi kertas Maintaining Financial Records (FA2)

“Kejayaan mereka membuktikan Malaysia mampu melahirkan individu yang berkualiti, berkaliber dan bertaraf antarabangsa.

“Ini membuktikan dengan iltizam, semangat perjuangan yang tinggi dan usaha bersungguh-sungguh, rakyat Malaysia mampu bersaing dan berjaya di persada antarabangsa,” menurut hantaran yang dimuat naik di laman Facebook Istana Negara.

Seri Paduka Baginda turut bertitah semoga kejayaan kedua-dua pelajar itu menjadi sumber inspirasi kepada seluruh rakyat, khususnya golongan belia untuk bekerja keras dan berusaha mencapai kecemerlangan di dalam bidang masing-masing.

Seri Paduka Baginda turut menzahirkan ucapan selamat maju jaya kepada Nur Athirah dan Putera Aiman serta mendoakan semoga mereka dilimpahi kejayaan cemerlang berterusan.

Nur Athirah dan Putera Aiman, masing-masing berumur 19 tahun berkongsi tempat pertama di Malaysia dan kedua di dunia bagi kertas Maintaining Financial Records (FA2).

Nur Athirah merupakan anak jati Pahang dan penuntut di INTEC Education College di Shah Alam, Selangor, manakala Putera Aiman merupakan pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Shah Alam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here