Akses ke luar negara mungkin lebih mudah selepas terima vaksin-PM

0
84
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menunjukkan buku Program Umunisasi Covid-19 Kebangsaan

CYBERJAYA – Rakyat Malaysia yang telah menerima suntikan vaksin Covid-19 dijangka akan mempunyai kelebihan akses ke luar negara dengan lebih mudah pada masa hadapan.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ini kerana berkemungkinan ada negara meletakkan syarat hanya individu menerima suntikan untuk masuk ke negara mereka.

Beliau berkata, oleh demikian, rakyat negara ini digalakkan untuk mengambil suntikan vaksin memandangkan ia diberikan secara percuma oleh kerajaan.

“Untuk jangka masa panjang ia akan memberi kelebihan kepada mereka yang telah menerima suntikan (vaksin).

“Saya tidak mahu mengatakan, tetapi (kebarangkalian) pada masa depan, contohnya untuk melancong ke luar negara, yang mana hampir semua penduduk telah menerima vaksin.

“Mereka akan meletakkan beberapa syarat seperti satu dokumen (pengesahan) yang membuktikan anda telah menerima vaksin sekiranya ingin melancong ke negara tersebut.

“Jika anda tidak menerima vaksin, sudah tentu ia menjadi satu penghalang dan merencatkan perancangan perjalanan anda. Itu tidak akan memberi kelebihan kepada anda,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Pelancaran Buku Panduan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan secara maya di Bangunan Perdana Putra di Putrajaya hari ini.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, program vaksinasi juga dijangka akan membantu membangunkan semula ekonomi negara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here