Alhamdulillah, tiada kesan sampingan – Dr. Noor Hisham

0
57
Dr. Noor Hisham menunjukkan isyarat bagus selepas sehari menerima suntikan vaksin Covid-19

CYBERJAYA -Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah tidak mengalami sebarang kesan sampingan selepas sehari disuntik vaksin dos pertama Covid-19.

Dr. Noor Hisham  dalam perkongsian di laman sosial Facebooknya hari ini berkata, beliau tidak mengalami gejala demam atau pun rasa sakit di tempat suntikan vaksin.

“Alhamdulillah, sehari selepas menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19, tiada kesan sampingan yang dialami setakat ini. Tiada gejala demam atau pun rasa sakit di tempat suntikan. 

“Jumlah larutan vaksin yang digunakan adalah hanya 0.3ml dan jarum yang digunakan adalah jarum yang halus iaitu saiz 25 G.

“Segeralah mendaftar di MySejahtera untuk menerima vaksin Covid-19 yang akan diberikan mengikut fasa kelayakan yang ditetapkan. Vaksin memberi pelindungan diri dan pelindungan imuniti kelompok,” katanya.

Semalam Dr. Noor Hisham dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama tiga petugas kesihatan lain antara kumpulan pertama menerima vaksin Covid-19 di Malaysia Klinik Kesihatan Presint 11, di sini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here