Anjing dan kucing Mak Intan dapat pembelaan Ebit Lew

0
90
Ebit Lew memberi makan anjing-anjing peliharaan di Pak Mie Shelter, Alor Setar, Kedah.

CYBERJAYA – Nasib kira-kira 430 ekor anjing dan kucing yang hilang perlindungan selepas kematian penjaga iaitu Halijah Idris atau lebih dikenali sebagai Mak Intan akhirnya terbela selepas menerima kunjungan Ustaz Ebit Lew.

Dalam kunjungannya ke tempat peliharaan Pak Mie Shelter di Jalan Tanjung Bendahara, Alor Setar, penceramah dan juga ikon masyarakat itu berjanji untuk mendapatkan sebuah gudang untuk dijadikan kandang bagi haiwan yang masih ada di situ.

Beliau memaklumkan rancangan untuk membeli gudang atau tanah di sekitar Alor Setar bagi menempatkan kesemua anjing kucing di tempat pemeliharaan itu.

Katanya, lokasi dan tempat baru itu diperlukan ekoran tanah sedia ada sekarang akan diambil semula oleh pemilik untuk dibangunkan pada 21 Februari ini.

“Kasihan tengok 300 ekor anjing dan 130 kucing. Mak Intan baru je meninggal dunia minggu lepas kerana kanser.

“Selama 30 tahun kutip anjing dan kucing sakit. Ubati, beri makan, dan tempat tinggal. Ramai yang hantar pada mereka,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini.

Ebit Lew memberi makan anjing-anjing peliharaan di Pak Mie Shelter, Alor Setar, Kedah.

Ebit Lew berkata, pada pertemuan itu beliau telah berbincang dan menyatakan hasrat untuk membantu usaha anak-anak Mak Intan di situ.

“Tadi berbincang dengan keluarga arwah Mak Intan. Baik anak-anak Mak Intan. Terpilih buat kerja begini. Dah lewat petang. Saya nak sponsor tempat bagi semua anjing dan kucing ini.

Allahyarhamah Halijah Idris pada 10 Februari lalu.

“Terima kasih semua yang menyokong perjuangan Mak Intan dan keluarga. Terima kasih semua pimpinan masyarakat dan masyarakat sekitar,” katanya.

Nama Mak Intan sebelum ini cukup popular sebagai penjaga kepada ratusan anjing dan kucing liar di sekitar Alor Setar.

Beliau yang berusia 73 tahun itu meninggal dunia pada 10 Februari lalu akibat kanser ovari. -MT’

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here