Anjing Malaysia viral di TikTok

0
112
Tangkap layar video seorang lelaki bersama anjing peliharaannya yang tular dari akaun TikTok milik @syafiq_joker.

CYBERJAYA – Rakaman video seorang penunggang motosikal bersama anjing peliharaan yang berpelitup muka tular di aplikasi media sosial, TikTok dengan capaian lebih 2 juta tontotan.

Video dikongsi oleh pengguna @shafiq_joker yang dipercayai dirakam di sebuah persimpangan jalan di negara ini itu juga mendapat kira-kira 200,000 tanda suka.

Rakaman memaparkan gelagat anjing di dalam bakul motosikal yang dipakaikan pelitup muka itu menjadi lebih mencuit hati apabila mengikut arahan tuannya untuk berpaling ke arah kamera ketika video itu dirakamkan.

Dalam komen yang dihantar pengguna aplikasi itu, ramai memuji keprihatinan pemilik anjing berkenaan yang tidak mengabaikan kesihatan haiwan peliharaannya.

Tidak kurang juga yang kagum melihat keakraban hubungan antara pemilik dan anjing berkenaan dalam menjalani kehidupan seharian, tanpa menggabaikan pematuhan Prosedur Operasi Standar (SOP).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here