Apa kepentingan kerajaan luar dalam Malaysiakini?

0
71
AMINUDDIN YAHAYA

CYBERJAYA – Kenyataan media yang ‘membela’ Malaysiakini oleh Kedutaan Amerika Syarikat, Pesuruhjaya Tinggi Britain dan Kanada berhubung kes mahkamah yang memutuskan syarikat media itu perlu membayar saman adalah tindakan biadap dan mencabar kedaulatan negara.

Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela), Aminuddin Yahaya berkata, pihaknya kesal dan
menegaskan bahawa prinsip kebebasan kehakiman perlu dihormati oleh semua pihak termasuk kerajaan negara-negara luar yang sepatutnya memahami perkara ini.

Justeru beliau mempersoalkan adakah wujud kepentingan tertentu oleh kerajaan-kerajaan negara luar ini terhadap Malaysiakini secara khususnya?

“Campur tangan ini adalah suatu tindakan yang biadap dan mencabar kedaulatan negara dari pelbagai aspek yang perlu dipandang serius oleh pihak kerajaan Malaysia,” katanya yang mewakili gabungan NGO-NGO Islam utama di Malaysia.

Suruhanjaya Tinggi British dan Kanada serta Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur dalam satu kenyataan bersama baru-baru ini melahirkan kebimbangan terhadap keputusan mahkamah yang dianggap menyekat kebebasan media.

Dalam perintah itu, mahkamah memerintahkan syarikat media berkenaan membayar saman berjumlah RM500,000 dalam masa tiga hari.

Susulan itu, Malaysiakini melancarkan tabungan untuk mengumpul sumbangan dan berjaya mengumpul kira-kira RM550,000 dalam masa yang singkat.

Aminuddin berkata, prinsip kebebasan kehakiman perlulah dihormati oleh semua pihak terutamanya kerajaan negara-negara luar.

Tegasnya, walaupun Perkara 10(1)(a) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kebebasan bersuara, tetapi ia bukan sesuatu yang tidak mutlak.

“Perkara 10(2)(a) jelas memperuntukkan sekatan kepada sebarang penghinaan mahkamah dan Perkara 10(4) jelas memperuntukkan sekatan kepada isu-isu sensitif.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here