Asal Cek Mau Pi Sekolah: Chong Wei taja 50 tablet Samsung A8

0
124

Datuk Lee Chong Wei taja 50 buah tablet Samsung A8 untuk program Asal Cek Mau Pi Sekolah

CYBERJAYA –  Lagenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei menyumbangkan sebanyak 50 tablet khas untuk pelajar kurang berkemampuan di Parlimen Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Sumbangan melalui program ‘Asal Cek Mau Pi Sekolah’ itu diumumkan oleh Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong dalam satu hantaran di laman Facebooknya hari ini.

“Wira kita datang menyelamat, semalam Chong Wei hubungi saya dan beliau mendapat tahu tentang program Asal Cek Mau Pi Sekolah. Kami berbual-bual tentang keluarga, kesihatan dan sukan.

“Sukacita saya maklumkan Chong Wei sihat bersama keluarga. Berita baik daripada wiran kesayangan kita, beliau akan taja 50 buah tablet Samsung A8 untuk program Asal Cek Mau Pi Sekolah.

“Terima kasih yang amat sangat. Anda memang wira di dalam dan luar gelanggang ‘Kam Siah’ Sedih tidak dapat beraya bersama Chong Wei tahun ini. Apa-apapun, jaga diri ‘bro’,” katanya dalam hantaran berkenaan.

Program “Asal Cek Mau Pi Sekolah” itu dilancarkan pada 24 Januari lalu bertujuan untuk membantu pelajar-pelajar dari keluarga kurang berkemampuan di kawasan Parlimen Bukit Mertajam.

Program itu menawarkan bantuan seperti perkhidmatan fotokopi kerja rumah percuma, tambah nilai data internet, kelas bimbingan dalam talian percuma, program anak angkat Ahli Parlimen Bukit Mertajam dan komputer riba percuma.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here