Bank masih untung besar, timbang lanjut moratorium automatik -Najib

0
57
Suasana di pusat beli-belah di Kuala Lumpur yang lengang ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

CYBERJAYA – Bekas perdana menteri Najib Razak menggesa bank supaya melanjutkan moratorium pinjaman secara automatik tanpa faedah seperti pemberian moratarium yang pertama.

Dengan mengambil kira kesan penularan Covid-19 dan beberapa kali pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, Najib mahu beban yang ditanggung rakyat diringankan. 

“Kenapa tidak diberi lanjutan moratorium secara automatik tanpa faedah seperti moratorium pertama dan seperti syarat BN semasa mengundi Bajet 2021?

“Sekurang-kurangnya, berilah diskaun faedah sebanyak 50%,’’ katanya dalam hantaran di Facebooknya hari ini.

Najib Razak

Moratorium pembayaran balik pinjaman bank mula berkuat kuasa pada 1 April tahun lalu sebagai sebahagian daripada Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) dalam menghadapi kesan penularan wabak Covid-19 dan berakhir September lepas.

Najib yang juga bekas Menteri Kewangan berkata, kemudahan itu wajar diberikan kerana bank-bank di negara ini masih mencatatkan keuntungan berbilion ringgit walaupun dalam keadaan ekonomi tidak menentu ketika ini.

“Rakyat yang tuntut sebab simpanan dan rizab mereka sudah dihabiskan sejak pandemik bermula setahun dahulu.

“Bank-bank masih untung RM31.15 bilion pada tahun 2020 lepas,” katanya.

Beliau juga mengingatkan bank supaya tidak mengambil kesempatan untuk menambah tempoh bayaran pinjaman demi mengaut untung yang lebih tinggi.

Masa baik, bertahun-tahun lamanya bank kaut untung berpuluh bilion Ringgit setiap tahun dari pelanggan.

Masa susah, bank ada tanggungjawab untuk bantu pelanggan setia mereka supaya pelanggan tidak muflis dan bank tidak kehilangan pelanggan untuk masa depan apabila ekonomi memulih,’’ katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here