Banyak negara maju tamak, bolot bekalan vaksin-KJ

0
219
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin

CYBERJAYA – Terdapat negara maju tamak walaupun bekalan vaksin sudah banyak, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin di laman Twitternya hari ini.

Khairy dalam ciapan di Twitternya memaklumkan Malaysia akan dapat menggunakan vaksin keluaran syarikat farmaseutikal Amerika Syarikat (AS), Johnson & Johnson.

Bagaimanapun katanya, syarikat pengeluar vaksin itu hanya mampu memberikan bekalan dalam jumlah yang sedikit kerana sudah ditempah oleh negara maju lain.

“’Game changer’. Satu dos sahaja. Malaysia juga akan dapat setelah berunding sejak tahun lepas. 

“Cuma pihak JnJ (Johnson & Johnson) hanya dapat memberi jumlah yang sedikit sebab negara maju bolot bekalan seperti vaksin lain.

“Banyak negara maju tamak walaupun bekalan sudah banyak,” katanya dalam ciapan di laman Twitternya hari ini.

Semalam, media melaporkan bahawa Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) AS telah membenarkan pengunaan vaksin Johnson & Johnson.

Terdahulu pada 24 Februari lalu, Khairy memaklumkan vaksin JnJ masih dalam peringkat penilaian dan akan memuktamadkan kertas terma vaksin berkenaan dalam masa terdekat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here