Bas bawa pesakit Covid-19 rempuh plaza tol, beberapa penumpang cedera

0
157
Keadaan bas yang remuk teruk selepas melanggar plaza tol

SERDANG – Beberapa orang pesakit Covid-19 cedera selepas sebuah bas ekspres yang membawa mereka terbabit dalam satu kemalangan di Plaza Tol UPM, Serdang, sebentar tadi.

Dalam Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 3 petang itu, bas itu dalam perjalanan dari Perak ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) MAEPS 2.0.

Memetik laporan Berita Harian, setakat ini, enam penumpang bas dilaporkan mengalami kecederaan ringan dan dibawa terus ke MAEPS, Serdang, untuk rawatan lanjut.

Bagaimanapun, keadaan pemandu bas dan pembantunya masih belum dapat dipastikan.

Keadaan bahagian hadapan bas dilaporkan mengalami kerosakan teruk akibat rempuhan itu.

Difahamkan, bas terbabit membawa pesakit Kluster Changkat Jong, Perak, dan berlepas jam 10 pagi tadi sebelum dijadualkan sepatutnya tiba di MAEPS, Serdang, pada pukul 1 tengah hari.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here