Beli coklat di Malakat Mall, harga murah macam pergi Langkawi

0
211
Para pelanggan di Malakat Mall tidak melepaskan peluang membeli pelbagai coklat berjenama hari ini

CYBERJAYA – Macam pergi Langkawi, itu antara kata-kata pengunjung di Malakat Mall yang membeli coklat berjenama pada harga potongan sehingga 80 peratus.

Tinjauan Malakat Tribune di ruang legar Malakat Mall hari ini mendapati para pelanggan tidak melepaskan peluang keemasan untuk membeli coklat pada harga promosi.

Rata-rata mereka asyik memilih coklat yang diinginkan yang terdiri daripada pelbagai jenama seperti Daim, Droste, Hershey’s, Pepero, Kinder dan banyak lagi.

Selain coklat jenama terkemuka itu, coklat keluaran usahawan tempatan juga ada dijual dengan harga promosi kepada para pelanggan.

Promosi jualan coklat yang dijayakan Malakat Mall dan pengedar coklat terbesar Dr. Holdings Groups yang bermula sejak Jumaat lalu itu akan berakhir pada hari ini

pelbagai pilihan coklat yang dijual pada harga promosi

Seorang pelanggan, Zalini Zalia Ibrahim, 38, berkata, dia datang ke Malakat Mall selepas diajak oleh suami untuk membeli barangan keperluan.

“Suami ajak datang ke Malakat Mall, tadi sudah masuk ke Malakat Grocer, bila keluar nampak ada promosi coklat. Jadi saya singgah untuk beli.

“Anak-anak memang suka coklat terutamanya Pepero. Harga pun murah, seperti pergi Langkawi. Jadi saya beli untuk mereka hari ini,” katanya.

Selain coklat, pengunjung Malakat Mall hari ini berpeluang untuk menikmati pelbagai promosi lain sempena Promosi Malakat Sudah Giler.

Antara yang menarik ialah ayam egar separuh RM4.99, potongan 50 peratus untuk minuman Tea Amo selain beli satu percuma satu di Red Hots.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here