Borang penerimaan vaksin Covid-19 tular bukan yang sah

0
85
Borang yang didakwa sebagai dokumen pengakuan penerimaan vaksin Covid-9.

CYBERJAYA – Borang persetujuan penerimaan suntikan vaksin Covid-19 yang tular dalam media sosial bukan borang yang dimuktamad untuk diguna pakai dalam program suntikan vaksin kebangsaan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Hashim Abdullah berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan bahawa borang yang telah disebar itu bukan dokumen yang sah untuk kegunaan penerima yang bersetuju untuk menerima suntikan vaksin.

“Borang persetujuan juga digunakan di negara lain yang melaksanakan Program Imunisasi Covid-19.

“Borang persetujuan suntikan vaksin Covid-19 yang muktamad akan diedarkan kepada bakal penerima vaksin dalam tempoh terdekat, bermula dengan penerima vaksin bagi fasa pertama.

“Untuk makluman, pemberian suntikan vaksin Covid-19 adalah untuk memberi perlindungan terhadap jangkitan Covid-19 disamping mengurangkan kesan seseorang mendapat penyakit tersebut,’’ katanya dalam kenyataan hari ini.

Memandangkan pemberian suntikan vaksin Covid-19 adalah secara sukarela, maka borang persetujuan suntikan vaksin Covid-19 adalah dokumen yang digunakan untuk diberi kepada penerima vaksin bagi mereka menyatakan persetujuan penerimaan vaksin dengan rela hati.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here