Bunyi letupan kuat di langit Sabah, Sarawak dan Brunei disebabkan tahi bintang

0
538
Kamera daripada sebuah kenderaan yang dinaiki beberapa saksi berjaya merakam fenomena alam itu

CYBERJAYA – Bunyi dentuman kuat seperti letupan di langit yang boleh didengar di beberapa kawasan di Sabah, Brunei dan utara Sarawak, kelmarin adalah dipercayai berpunca daripada meteor atau tahi bintang.

Menurut Persatuan Astronomi Negara Brunei Darussalam (PABD), satu meteor besar yang mencetuskan letupan telah berjaya dirakam oleh beberapa saksi pada waktu siang, kelmarin.

“Meteor adalah fenomena alam yang rawak dan sukar diramal. Selalunya meteor terhasil apabila batuan angkasa yang dipanggil meteoroid terbakar di ruang angkasa.

“Namun jika meteoroid yang lebih besar tidak habis terbakar dalam perjalanannya di atmosfera dan mencapai permukaan bumi, objek yang dihasilkan adalah dipanggil meteorit,” katanya.

Menurut PABD lagi, fenomena itu berjaya dirakam oleh seorang saksi di Kampung Tanjong Nangka, Brunei ketika melalui kawasan tersebut.

“Selang beberapa minit kemudian, beliau menyaksikan sesuatu yang aneh di awan dan memberitahu kepada rakan-rakannya yang lain dan beranggapan itu adalah permainan bunga api kerana benda itu mengeluarkan cahaya yang terang berwarna merah dan hijau diliputi asap, kemudian mengeluarkan bunyi letupan selepas beberapa saat.

“Selepas itu, mereka pun masih bertanya-tanya mengenai kejadian itu. Meskipun ‘drone’ mereka tidak sempat merakam, tetapi kamera ‘dashcam’ keretanya dapat merakamkan detik itu,” ujarnya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here