Covid-19: 10 taman perumahan di Temerloh dikenakan ‘lockdown’ mulai esok

0
102
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

CYBERJAYA – Berkuat kuasa esok, 10 taman perumahan di sekitar Jalan Telok Ira Temerloh, Pahang akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berikutan peningkatan kes Covid-19 di lokaliti itu.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, berdasarkan laporan oleh Kementerian Kesihatan (KKM), terdapat peningkatan kes positif secara mendadak di kawasan itu

“Sehingga kini sebanyak 72 kes telah dilaporkan yang melibatkan penduduk yang tinggal di taman-taman perumahan ini.

“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju untuk melaksanakan PKPD di taman-taman perumahan sekitar Jalan Telok Ira,” katanya hari ini.

Beliau berkata, kawasan terlibat adalah Taman Desa Bangau,Taman Seberang Damai, Taman Kenari, Taman Seberang Temerloh, Taman Jaya 7,Taman Jaya 2, Taman Jaya 3, Taman Jaya 4,Taman Kelisa dan Desa Bangau.

Katanya, pelaksanaan PKPD itu dibuat untuk memudahkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar ke atas semua penduduk yang terlibat dan untuk mengawal jangkitan dalam komuniti.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here