Covid-19 : 11 kematian 2,253 kes baharu

0
36
Dr Noor Hisham Abdullah

CYBERJAYA – Jumlah kes harian Covid-19 meningkat daripada 1,924 kes (semalam) kepada 2,253 kes dalam tempoh 24 jam yang lalu dengan 11 kematian.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, peningkatan itu menjadikan jumlah kes kumulatif dalam negara ketika ini sebanyak 295,951 kes.

Beliau berkata, pengesanan kes baharu itu melibatkan 7 kes import manakala selebihnya adalah kes tempatan.

Ia melibatkan 10 kluster baharu melibatkan 8 kluster tempat kerja dan 2 kluster komuniti.

Bagi kes sembuh pula, sebanyak 3,085 kes direkodkan menjadikan jumlah kes sembuh keseluruhan kini 266,846 kes.

“Jumlah yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah seramai 201 termasuk 93 yang memerlukan bantuan alat pernafasan,” katanya dalam kenyataan hari ini,

Sementara itu, sebanyak 16 kluster ditamatkan pada hari ini.

Dr. Noor Hisham berkata, secara keseluruhan, Selangor merekodkan kes harian tertinggi sebanyak 633diikuti dengan Perak (545); Johor (276); Sarawak (250); Sabah (129); Kuala Lumpur (122); Negeri Sembilan (68); Melaka (13); Pulau Pinang (93); Kedah (25); Kelantan (73); Pahang (21); Perlis (4); Terengganu (1); Putrajaya (0) dan Labuan (0).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here