Covid-19: 15 kluster baharu dikesan, 12 daripadanya kluster tempat kerja

0
113

CYBERJAYA – Sebanyak 15 kluster baharu Covid-19 dikesan di seluruh negara pada hari ini.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, sebanyak 12 kluster yang dikesan melibatkan tempat kerja, 2 kluster komuniti dan 1 kumpulan berisiko tinggi.

Sementara itu, pada hari ini, sebanyak 3,391 kes baharu dilaporkan di seluruh negara, menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 yang dilaporkan di dalam negara kepada 234,874 kes.

Negeri dengan kes baharu tertinggi adalah Selangor yang melaporkan sebanyak 1,228 kes, diikuti Johor dengan 598 kes, dan Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur dengan 395 kes.

Dalam pada itu, sebanyak ,,392 kes telah diklasifikasikan sebagai telah sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes yang telah pulih kepada 185,278 kes.

Setakat ini, masih terdapat sebanyak 48751 kes yang diklasifikasikan sebagai masih aktif dan mempunyai kebolehjangkitan.

Dan daripada jumlah itu, sebanyak 310 kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 134 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Bagi kes kematian akibat pandemik ini, sebanyak 19 kes dilaporkan pada hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian akibat Covid-19 di dalam negara kepada 845.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here