Covid-19 : 17 kematian dengan 4,571 kes harian

0
69
Dr. Noor Hisham Abdullah

CYBERJAYA – Jumlah kematian akibat Covid-19 yang direkodkan dalam tempoh 24 jam yang lalu masih kekal dua angka, menurun sebanyak dua kes berbanding rekod kematian tertinggi dua hari lalu.

Sementara itu, kes harian baharu dalam tempoh yang sama pula adalah sebanyak 4,571 kes, menjadikan kes kumulatif Covid-19 di dalam negara ini sebanyak 231,483.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kes baharu yang dikesan melibatkan 4,568 individu warga negara dan 3 kes import.

“Jumlah terbaharu ini menjadikan kes aktif dengan kebolehjangkitan di negara sebanyak 48,771.

“Kes kematian pula adalah 17 kes menjadikan kumulatif kematian setakat ini 826,” katanya dalam kenyataan berkaitan Covid-19 hari ini.

Dr. Noor Hisham berkata, kes sembuh dalam tempoh 24 jam lalu pula adalah 4,092 menjadikan jumlah keseluruhan sembuh setakat ini 181,886.

“Sebanyak 308 individu kini masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 135 memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.

Katanya, jumlah kes harian tertinggi direkodkan di Selangor iaitu 2,506, diikuti Johor (664); Kuala Lumpur (481); Sarawak (270); Melaka (238); Sabah (175); Perak (163);Pulau Pinang (157); Negeri Sembilan (100); Pahang (78); Terengganu (69); Kedah (51); Putrajaya (20) dan Labuan (1).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here