Covid-19: 2,364 kes baharu, 8 kluster baharu dilaporkan

0
35

CYBERJAYA – Sebanyak 2,364 kes positif baharu Covid-19 dilaporkan di seluruh negara, dengan 8 lagi kluster baharu dicatatkan pada hari ini.

Menurut Kementerian Kesihatan (KKM), hanya 1 daripada kes yang dilaporkan pada hari ini merupakan kes import, manakala selebihnya adalah kes penularan tempatan.

Negeri Selangor mencatat bilangan kes tertinggi, dengan 862 kes, diikuti Johor dengan 314 kes, dan Perak dengan 305 kes.

Bagi kluster baharu pula, sebanyak 6 kluster baharu dilaporkan di Johor, manakal masing-masing 1 di Kelantan, Perak dan Sarawak.

Laporan kes baharu pada hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes pandemik yang dilaporkan di dalam negara kepada 298,315 kes.

Sementara itu, jumlah angka kes sembuh baharu adalah sebanyak 3,320 kes, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh kepada 370,166 kes.

Pada ketika ini, masih terdapat sebanyak 27,028 kes yang diklasifikasikan sebagai masih aktif.

Daripada jumlah itu, sebanyak 190 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 99 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Bagi kes kematian pula, sebanyak 10 kes dilaporkan di seluruh negara, menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian dalam negara akibat Covid-19 kepada 1,121 kes.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here