Covid-19: 6 daripada 7 kluster baharu dikesan hari ini berkaitan tempat kerja

0
55
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

CYBERJAYA – Sebanyak tujuh kluster baharu yang mana enam daripadanya berkaitan dengan jangkitan di tempat kerja dikesan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham berkata, enam kluster berkaitan tempat kerja itu ialah kluster Jalan Ragum dan kluster Bukit Rahman di Selangor, kluster Parit Jamil di Johor dan kluster Tapak Bina Jalan Cheras, Kuala Lumpur.

Selain itu katanya, kluster Taman Muhibbah di Pahang dan kluster Industri Serkam di Melaka.

“Satu lagi kluster iaitu kluster Semarak Bersia di Perak melibatkan jangkitan komuniti,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, daripada kes kluster baharu yang dilaporkan itu kluster Tapak Bina Jalan Cheras dan kluster Jalan Ragum mencatatkan kes tertinggi dengan 332 dan 210 kes.

Dalam pada itu, katanya, secara keseluruhan sebanyak 3,455 kes baharu direkodkan hari ini dengan Selangor mencatatkan kes paling tinggi hari ini dengan 1,145 kes (33.1 peratus).

Katanya, daripada jumlah itu, sebanyak 863 kes (75.4 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

“Ini diikuti oleh Johor sebanyak 708 kes (20.5 peratus) dan Kuala Lumpur sebanyak 619 kes (17.9 peratus),” katanya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here