Covid-19: Angka kes sembuh melebihi kes positif baharu

0
51

CYBERJAYA – Angka kes sembuh Covid-19 baharu bagi hari ini, kembali melebihi kes positif baharu apabila sebanyak 3,774 pesakit diisytiharkan sebagai telah pulih.

Menurut Kementerian Kesihatan (KKM), angka baharu ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh kepada 202,269 kes.

Sementara itu, sebanyak 3,384 kes positif baharu dilaporkan di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, sebanyak 15 kes adalah kes import, manakala selebihnya adalah akibat penularan tempatan.

Pertambahan ini menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 yang dilaporkan di dalam negara kepada 254,988 kes.

Bagi pecahan kes mengikut negeri, Selangor masih merekodkan kes tertinggi dengan 1,082 kes, diikuti Johor dengan 777 kes, dan Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur dengan 435 kes.

Pada ketika ini, masih terdapat sebanyak 51,783 kes yang diklasifikasikan sebagai masih aktif.

Daripada jumlah itu, sebanyak 259 kes dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 122 pesakit diberi bantuan pernafasan.

Sementara itu, sebanyak 13 laporan kematian baharu akibat pandemik ini dilaporkan, menjadikan angka keseluruhan kematian akibat Covid-19 kepada 936.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here