Covid-19: Angka kes sembuh sedikit melebihi kes baharu

0
57

CYBERJAYA – Angka kes sembuh daripada Covid-19 hari ini sedikit melebihi angka kes positif baharu apabila sebanyak 4,280 kes diklasifikasikan sebagai telah pulih berbanding 4,214 kes baharu.

Menurut Kementerian Kesihatan (KKM), pertambahan ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh kepada 170,329.

Bagi kes baharu, 9 daripada kes yang dilaporkan adalah kes impor manakala selebihnya adalah akibat penularan tempatan.

Negeri dengan kes tertinggi adalah Selangor yang melaporkan sebanyak 1,362 kes, diikuti Johor dengan 1,068 kes, dam Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur dengan 702 kes.

Pertambahan ini menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 yang dilaporkan di Malaysia kepada 219,173 kes.

Pada ketika ini, masuh terdapat sebanyak 48,074 kes yang diklasifikasikan sebagai masih aktif dan mempunyai kebolehjangkitan.

Daripada jumlah itu, sebanyak 316 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 137 diberi bantuan pernafasan.

Sementara itu, terdapat sebanyak 10 laporan kematian akibat Covid-19 dilaporkan di seluruh negara, menjadikan angka keseluruhan kematian akibat pandemik ini kepada 770.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here