Covid-19: Benua Afrika mula terima vaksin bulan ini

0
53
GAMBAR HIASAN

NAIROBI – Negara-negara Afrika akan mula menerima penghantaran vaksin Covid-19 mulai bulan ini, kata Pertubuhan Kesihatan Antarabangsa (WHO).

Menurut laporan agensi Xinhua, Pengarah WHO bagi Rantau Afrika, Matshidiso Moeti berkata, sebanyak 90 juta dos vaksin keluaran AstraZeneca itu diperoleh menerusi kemudahan COVAX.

“Apabila negara lain sudah mula menerima vaksin, negara-negara Afrika hanya mampu memerhati.

“Penghantaran (vaksin) ini merupakan langkah penting dalam memastikan benua Afrika turut mendapat akses kepada vaksin,” kata Moeti dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau menambah, penghantaran pertama ini sekurang-kurangnya membolehkan setiap negara Afrika menginokulasi 3 peratus rakyat mereka, yang terdiri daripada petugas barisan hadapan dan golongan berisiko.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here