Covid-19 bukan alasan jerumus ke kancah pelacuran

0
30
Aini Said. Foto-Ismaweb

CYBERJAYA – Umat Islam di negara ini tidak boleh menjadikan pandemik Covid-19 sebagai alasan untuk terjerumus ke kancah pelacuran moden seperti dipromosikan laman dan aplikasi Sugarbook yang tular baru-baru ini.

Ketua Wanita Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Shah Alam, Aini Said berkata, perbuatan menggadaikan maruah diri dan penglibatan dalam sebarang aktiviti persundalan diharamkan dalam Islam dan tiada alasan yang boleh membenarkannya.

Beliau berkata, ada yang menggunakan alasan ‘terpaksa’ terlibat kerana mahu mengejar dan mengekalkan gaya hidup dan kemewahan sehingga sanggup menolak syariat Islam.

“Tiada jalan pintas untuk kaya. Islam menuntut umatnya maju dan mencari rezeki dengan cara yang halal dan baik kerana ia juga menjadi ibadah,” katanya dalam satu kenyataan dipetik portal Ismaweb, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, banyak lagi cara menjana pendapatan yang boleh diusahakan walaupun dikekang ekonomi yang tidak menentu ketika ini.

“Sesiapa yang berusaha pasti akan memperoleh hasil. Insya-Allah yakinlah kepada pemberi rezeki.

“Apapun, segala bentuk pelacuran moden wajar dihentikan dan dikenakan tindakan tegas kerana menyalahi syariat Islam dan undang-undang di Malaysia,” katanya.

Sebelum ini, aplikasi Sugarbook didakwa menyediakan platform aktiviti persundalan dan serivs mencari perempuan simpanan atau lebih dikenali sebagai ‘sugar baby’.

Media baru-baru ini juga melaporkan Sugarbook membuat pendedahan mengejutkan mengenai jumlah penglibatan wanita di negara ini dan jumlah pendaftaran akaun baharu di platform berkenaan.

Ia juga mendedahkan seramai 12,705 pelajar terdiri daripada penuntut di Institut Pengajian Tinggi (IPT) di Lembah Klang, termasuk dua universiti awam, berdaftar dengan platform itu ekoran masalah ekonomi semasa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here