Covid-19: Jumlah kes aktif di bawah paras 50 ribu

0
103

CYBERJAYA – Jumlah kes aktif Covid-19 di dalam negara kini berada di bawah paras 50 ribu apabila jumlah kes sembuh semakin mengatasi kes positif baharu.

Menurut Kementerian Kesihatan (KKM), setakat hari ini, terdapat sebanyak 47,135 kes yang diklasifikasikan sebagai masih aktif di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, sebanyak 260 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 112 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Jumlah kes sembuh pada hari ini adalah sebanyak 4,521 sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan kes yang telah pulih kepada 218,335 kes.

Bagi kes positif baharu pula, sebanyak 2,176 kes dilaporkan diseluruh negara, dengan Selangor menyumbang kes tertinggi dengan 910 kes, diikuti Johor dengan 269 kes, dan Sarawak 246 kes.

Hanya dua negeri, iaitu Wilayah Persekutuan (WP) Labuan dan Perlis tidak mencatatkan sebarang kes.

Setakat ini, jumlah keseluruhan kes Covid-19 yang dilaporkan di dalam negara adalah sebanyak 266,445 kes.

Sementara itu, jumlah keseluruhan kematian akibat pandemik ini turut meningkat apabila 10 lagi kes kematian dilaporkan di seluruh negara, menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian kepada 975 kes.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here