Covid-19: Jumlah kes sembuh terus mengatasi kes baharu

0
40

CYBERJAYA – Jumlah kes sembuh daripada Covid-19 di dalam negara terus mengatasi jumlah kes baharu hari ini, apabila sebanyak 4,782 kes dilaporkan sebagai telah pulih, berbanding 2,461 laporan kes baharu di seluruh negara.

Menurut Kementerian Kesihatan (KKM), pada ketika ini, jumlah keseluruhan kes sembuh adalah sebanyak 244,753 kes.

Bagi kes baharu pula, angka yang dilaporkan pada hari ini kesemuanya merupakan kes penularan tempatan, dengan kes tertinggi dilaporkan di Selangor iaitu sebanyak 1,001 kes, diikuti Kelantan dengan 257 kes, dan Johor dengan 233 kes.

Pertambahan ini menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 yang dilaporkan di dalam negara kepada 280,272 kes.

Pada ketika ini, masih terdapat sebanyak 34,468 kes yang diklasifikasikan sebagai masih aktif, dengan 207 daripadanya sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU).

Daripada jumlah itu pula, sebanyak 91 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu, angka keseluruhan kematian akibat pandemik ini pula naik kepada 1,051 apabila sebanyak 8 lagi kes kematian dilaporkan, hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here