Covid-19: Kes harian kembali meningkat, 14 kematian

0
67
Foto: KKM

CYBERJAYA – Kes baharu Covid-19 yang direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu kembali meningkat dengan 3,288 kes berbanding 2,764 kes yang dikesan kelmarin.

Pertambahan baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 negara kini berjumlah 251,604 kes dengan 52,186 kes aktif.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan hari ini berkata, pengesanan kes baharu itu melibatkan 5 kes import manakala selebihnya adalah kes tempatan.

Bagi kes kematian pula, sebanyak 14 kematian dikesan di seluruh negara dalam tempoh yang sama menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat wabak itu kini 923 orang.

Manakala kes sembuh pula direkodkan sebanyak 1,929 kes menjadikan jumlah kes sembuh keseluruhan kini 198,495 kes.

“Jumlah yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah seramai 285 termasuk 131 yang memerlukan bantuan alat pernafasan,” katanya.

Dr. Noor Hisham berkata, secara keseluruhan, Selangor merekodkan kes harian tertinggi sebanyak 1,757 diikuti dengan Kuala Lumpur (408); Johor (369); Negeri Sembilan (157); Sarawak (135); Sabah (132); Melaka (92); Pulau Pinang (59); Kedah (48); Perak (42); Kelantan (44); Terengganu (24); Pahang 14); Putrajaya (4); Labuan (3); dan Perlis (0).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here