Covid-19: Kes harian menurun dengan 15 kematian

0
95
Statistik kes baharu Covid-19 hari ini.

KUALA LUMPUR – Kes baharu Covid-19 di Malaysia hari ini menurun kepada 3,731 kes daripada 3,847 kes pada Sabtu, dengan 15 kematian direkodkan bagi tempoh 24 jam lepas setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada kes baharu yang dicatatkan, sebanyak 3,723 kes melibatkan warga tempatan manakala lapan lagi kes import, menjadikan jumlah kumulatif kes akibat wabak itu kini 242,452.

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan pertambahan itu menjadikan sejumlah 51,241 kes aktif Covid-19 di negara ketika ini.

Bagi kes sembuh harian, sebanyak 3,369 pesakit disahkan sembuh menjadikan kumulatif sembuh 190,339.

Daripada jumlah itu, 292 kes sedang menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 140 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah mereka yang sembuh pula kini adalah 190,339 kes dengan pertambahan kes sembuh baharu 3,369 kes.

Jumlah kematian terbaharu menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 di negara ini kini adalah 872 kes.

Bagi perkembangan jumlah kluster, sebanyak 7 kluster disahkan tamat hari ini manakala 441 kluster lagi masih dipantau rapi oleh KKM.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here