Covid-19 : Kes harian menurun, kes sembuh meningkat

0
35

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Noor Hisham Abdullah.

KUALA LUMPUR – Perkembangan wabak Covid-19 dalam negara terus menunjukkan impak positif apabila kes harian positif dalam tempoh 24 jam lalu menurun kepada 1,924 kes berbanding 3,545 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, khabar baik itu disusuli dengan pertambahan kes pesakit yang sembuh sepenuhnya sebanyak 3,752 menjadikan jumlah kumulatifnya 263,761.

Beliau berkata, pertambahan kes baharu itu menjadikan kes kumulatif Covid-19 di Malaysia kini sebanyak 293,698 kes.

“Sebanyak 1,918 daripada jumlah kes baharu itu adalah penularan dalam negara manakala enam lagi kes import dilaporkan membabitkan bukan warganegara,” katanya dalam kenyataan berkaitan Covid-19 hari ini.

Dr. Noor Hisham berkata, sebanyak 1,918 daripada jumlah kes baharu itu adalah penularan dalam negara manakala enam lagi kes import dilaporkan membabitkan bukan warganegara.

Dalam pada itu, beliau berkata, sebanyak 12 lagi kematian dilaporkan akibat pandemik itu pada Khamis.

“Jumlah yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah seramai 205 termasuk 91 yang memerlukan bantuan alat pernafasan,” katanya.

Dr. Noor Hisham berkata, secara keseluruhan, Selangor merekodkan kes harian tertinggi sebanyak 666 kes, diikuti dengan Johor (257); Kuala Lumpur (218); Sarawak (219); Sabah (93); Negeri Sembilan (62); Pulau Pinang (162); Perak (120); Kelantan (44); Kedah (29); Melaka (22); Terengganu (6); Pahang (19); Putrajaya (2); Labuan (4); dan Perlis (1).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here