Covid-19: Kes sembuh harian tertinggi dicatatkan hari ini

0
65
Kes sembuh harian tertinggi dicatatkan hari ini

CYBERJAYA – Sebanyak 4,525 kes sembuh Covid-19 dicatatkan hari ini sekali gus menjadi kes sembuh harian tertinggi yang pernah direkodkan.

Menurut statistik Kementerian Kesihatan, jumlah berkenaan menjadikan kes sembuh secara keseluruhan di Malaysia ialah sebanyak 213, 814 kes.

Pada hari ini juga, sebanyak 2,464 kes baharu Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan keseluruhan kes di Malaysia sebanyak 264,269 kes.

Statistik KKM

Daripada jumlah itu, sebanyak tiga kes import dilaporkan yang menerima jangkitan daripada luar negara manakala selebihnya merupakan jangkitan kes tempatan.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula ialah sebanyak 49,490 kes.

Statistik berkenaan juga menunjukkan pertambahan sebanyak tujuh kes kematian baharu yang menjadikan keseluruhan kes kematian kini sebanyak 965 kes.

Setakat ini, sebanyak 260 kes sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 111 kes memerlukan bantuan pernafasan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here