Covid-19: Kes sembuh mengatasi kes harian

0
40
Dr. Noor Hisham Abdullah

CYBERJAYA – Sebanyak 3,499 kes baharu Covid-19 direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 261,805 kes dengan 51,558 kes aktif.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan hari ini berkata, pengesanan kes baharu itu melibatkan 1 kes import manakala selebihnya adalah kes tempatan.

Bagi kes kematian pula, sebanyak 5 kematian dikesan di seluruh negara dalam tempoh yang sama menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat wabak itu kini 958 orang.

Manakala kes sembuh pula mengatasi jumlah kes harian dengan 3,515 kes menjadikan jumlah kes sembuh keseluruhan kini 209,289 kes.

“Jumlah yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah seramai 263 termasuk 118 yang memerlukan bantuan alat pernafasan,” katanya.

Dr. Noor Hisham berkata, secara keseluruhan, Selangor merekodkan kes harian tertinggi sebanyak 1,345 diikuti dengan Kuala Lumpur (511); Johor (369); Negeri Sembilan (58); Sarawak (152); Sabah (101); Melaka (50); Pulau Pinang (138); Kedah (111); Perak (121); Kelantan (44); Terengganu (46); Pahang (13); Putrajaya (3); Labuan (2); dan Perlis (2).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here