Covid-19: Kes sembuh terus melebihi kes positif baharu

0
48

CYBERJAYA – Jumlah kes sembuh daripada Covid-19 di dalam negara terus melebihi laporan kes baharu hari ini, apabila sebanyak 5,709 kes diklasifikasikan sebagai telah pulih.

Menurut Kementerian Kesihatan (KKM), pertambahan ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh kepada 229,762 kes.

Bagi kes baharu pula, sebanyak 2,998 kes dilaporkan di seluruh negara, dengan kes tertinggi dilaporkan di Selangor (1,382), diikuti Johor (436) dan Negeri Sembilan (233).

Secara keseluruhannya, sebanyak 272,163 kes Covid-19 telah dilaporkan di dalam negara sejak pandemik ini mula tersebar di dalam negara sejak tahun lalu.

Setakat hari ini, masih terdapat sebanyak 42,396 kes yang diklasifikasikan sebagai masih aktif.

Daripada jumlah itu, sebanyak 231 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 115 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Bagi kes kematian akibat pandemik, sebanyak 22 laporan kematian diterima di seluruh negara hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan mangsa yang meninggal dunia akibat Covid-19 kepada 1,005 kes.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here