Covid-19: Negara catat angka kematian tertinggi hari ini

0
105

CYBERJAYA – Negara merekodkan jumlah kes kematian akibat Covid-19 tertinggi hari ini, apabila sebanyak 25 kematian dilaporkan di seluruh negara.

Untuk rekod, angka kematian tertinggi negara sebelum ini adalah sebanyak 24 kematian yang direkodkan pada 8 Februari lalu.

Pertambahan ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat pandemik itu meningkat kepada 1,030 kes.

Sementara itu, menurut Kementerian Kesihatan (KKM) angka kes sembuh berterusan melebihi angka kes baharu yang dilaporkan.

Bagi hari ini, sebanyak 5,320 kes diklasifikasikan sebagai telah pulih, menjadikan angka keseluruhan kes sembuh kepada 235,082.

Bagi kes positif baharu pula, sebanyak 2,712 kes dilaporkan di seluruh negara, melibatkan 2,708 kes penularan tempatan dan 4 kes import.

Negeri Selangor menyumbang angka kes tertinggi dengan 1,013 kes, diikuti Johor dengan 426 kes, dan Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur dengan 212 kes.

Pertambahan ini menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 yang dilaporkan di dalam negara kepada 274,875.

Ketika ini, masih terdapat sebanyak 38,763 kes yang diklasifikasikan sebagai masih aktif, dan daripada jumlah itu, sebanyak 227 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi, dengan 103 daripadanya diberikan bantuan pernafasan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here