Covid-19: Negara catat kematian tertinggi

0
70
Dr Noor Hisham Abdullah

CYBERJAYA – Negara mencatatkan angka kematian tertinggi dalam tempoh 24 jam yang lalu dengan 24 kes di seluruh negara.

Ketua Pengarah Kesihatan. Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah itu adalah yang paling tinggi sejak penularan wabak Covid-19 sejak Februari tahun lalu.

“24 kematian baharu dalam tempoh 24 jam yang lalu menjadikan jumlah keseluruhan yang maut akibat Covid-19 di negara ini 896 orang,” katanya dalam kenyataan berkaitan Covid-19 hari ini.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan sejumlah 3,100 kes baharu Covid-19 termasuk 1 kes import.

Pertambahan itu katanya menjadikan kes kumulatif pada ketika ini berjumlah 245,552 dengan 51,977 kes aktif.

“Jumlah yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) pada ketika ini pula adalah seramai 282 dengan 134 memerlukan bantuan alat pernafasan,” katanya.1

Bagi kes sembuh pula, sebanyak 2,340 individu disahkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan 192,679 kes sembuh di seluruh negara.

Sementara itu, catatan kes tertinggi direkodkan di Selangor iaitu sebanyak 1,196 kes, diikuti dengan Johor (490); Melaka (344); Kuala Lumpur (295); Pulau Pinang (209); Sabah (169) dan Negeri Sembilan (104).

Sarawak pula merekodkan 84 kes, Perak (72); Kelantan dan Terengganu (30); Putrajaya (8); Kedah (37); Perlis (4) dan Labuan (0).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here