Covid-19: Perlis negeri tunggal tidak rekodkan kes baharu

0
43

CYBERJAYA – Buat dua hari berturut-turut, negara merekodkan angka kesembuhan yang lebih tinggi daripada kes positif baharu Covid-19.

Bagi hari ini, sebanyak 3,505 kes diklasifikasikan sebagai telah pulih daripada pandemik itu, menjadikan jumlah keseluruhan kes yang telah sembuh kepada 205,774 kes.

Bagi kes baharu pula, sebanyak 3,318 kes dilaporkan di seluruh negara, yang mana 7 daripadanya adalh kes import dan selebihnya adalah akibat penularan tempatan.

Bagi kes mengikut negeri, Perlis merupakan negeri tunggal yang langsung tidak merekodkan sebarang kes, manakala Selangor menjadi penyumbang kes tertinggi dengan 1,214 kes, diikuti Johor dengan 742 kes, dan Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur dengan 374 kes.

Petambahan ini menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 yang dilaporkan dalam negara kepada 258,306 kes.

Pada ketika ini, masih terdapat sebanyak 51,579 kes yang diklasifikasikan sebagai masih aktif.

Daripada jumlah itu, 258 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi dengan 119 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu, jumlah angka kematian turut bertambah kepada 953 apabila sebanyak 17 lagi kes kematian dilaporkan di seluruh negara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here