Covid-19: Universiti Oxford mulakan ujian kombinasi dos vaksin

0
42

LONDON – Universiti Oxford akan memulakan ujian perubatan Covid-19 menggunakan dos vaksin diperbuat oleh pengeluar yang berbeza.

Menurut The Guardian, ujian tersebut diharapkan dapat menunjukkan sama ada kombinasi vaksin yang berbeza dapat diberikan mengikut dos yang tertentu.

“Berdasarkan cabaran dalam memberikan imunisasi kepada golongan yang ramai dalam masa yang serentak, dan kemungkinan wujudnya masalah pembekalan (vaksin), ujian ini diharapkan dapat membantu mewujudkan program (imunisasi) yang lebih fleksibel,” kata Timbalan Pengarah Perubatan United Kingdom (UK), Jonathan Van-Tam.

Ujian selama 13 bulan ini akan membandingkan kombinasi dos vaksin keluaran Astrazeneca dan Pfizer/BioNTech dengan selang masa 4 hingga ke 12 minggu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here