Dapatkan 1,000 Tea Amo secara percuma di Malakat Mall hari ini

0
158
Pelanggan menunggu giliran untuk mendapatkan Tea Amo secara percuma di Malakat Mall

CYBERJAYA – Bermula hari ini, sebanyak 1,000 gelas Tea Amo pelbagai perisa akan diberikan secara percuma kepada pelanggan pusat beli belah Malakat Mall.

Ketua Pegawai Operasi Malakat Food, Aziz Juhari berkata, minuman percuma itu diedarkan susulan kerajaan memberi kebenaran ‘dine in’ di restoran.

Belia berkata, minuman itu diagihkan secara percuma dengan syarat pelanggan perlu berswafoto atau selfie di mana-mana ruang di Malakat Mall.

Pelbagai pilihan Tea Amo menanti pelanggan

“Ya percuma, pelanggan hanya perlu berswafoto di mana-mana ruang di Malakat Mall dan muat naik di laman sosial masing-masing dan tag Malakat Mall.

“Selepas itu, jangan lupa serta #SayaSokongMalakatMall untuk mendapatkan minuman Tea Amo ini secara percuma di kiosk yang disediakan di hadapan Malakat Grocer.

“Tawaran ini hanya terbuka kepada 1000 penghantar selfie terawal. Siapa cepat dia dapat. Jika hari ini tidak habis 1,000 hari ini kita akan sambung untuk hari seterusnya,” katanya kepada Malakat Tribune hari ini.

Antara minuman yang terdapat di Tea Amo, Malakat Mall

Menurut Aziz, lebih menarik pelanggan juga boleh memilih sendiri jenis minuman yang mereka inginkan dan pihaknya tidak menetapkan jenis mana yang percuma.

“Kita tawarkan semua jenis secara percuma, sebenarnya kita ada lima pilihan tertinggi Tea Amo yang sebelum ini memang menjadi pilihan pelanggan kerana keenakannya.

“Apa yang istimewa, Tea Amo ini kurang manis berbanding Teh Boba yang ada di pasaran, selain itu kita ada keistimewaan tersendiri iaitu campuran taufufa,” katanya.

Antara minuman yang terdapat di Tea Amo, Malakat Mall

Dalam pada itu katanya, sehingga pukul 12 tengah hari, hampir 200 gelas Tea Amo telah diberikan secara percuma kepada pelanggan Malakat Mall.

“Kita jangka jumlah ini akan bertambah pada waktu makan tengah hari dan petang. Terima Kasih sekali lagi kepada kerajaan yang berikan kelonggaran.

“Orang ramai dijemput datang ke Malakat Mall untuk dapatkan Tea Amo secara percuma, tidak membeli apa-apa di sini pun anda tetap layak untuk menerima minuman percuma,” katanya.

Dalam pada itu katanya, Malakat Mall memperuntukkan kira-kira RM10,000 untuk menjayakan program pemberian percuma Tea Amo kepada pelanggan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here