DBKL sita hotel tawar pelacur

0
224
Wanita warga Thailand yang ditahan semasa operasi DBKL

CYBERJAYA – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bertindak menyita sebuah hotel yang menyediakan dan menjalankan perkhidmatan seks di Jalan Pudu Ulu, Kuala Lumpur semalam.

DBKL dalam Facebook rasminya memaklumkan, pihaknya menerima aduan awam sebelum membuat risikan dan mendapati berlaku aktiviti tidak bermoral di premis berkenaan.

Katanya, ketika pemeriksaan dijalankan terdapat tiga wanita warga Thailand yang menawarkan khidmat seks dan seorang pelanggan warga Bangladesh berada di premis terbabit.

DBKL menyita sebuah htel di Jalan udu Ulu, Kuala Lumpur

“Pasukan pemeriksaan turut mengambil keterangan seorang wanita warga tempatan yang juga penjaga premis berkenaan,” katanya dalam hantaran rasmi DBKL semalam.

DBKL berkata, walaupun hotel terbabit mempunyai lesen sah, tindakan menjalankan aktiviti tidak bermoral menyalahi undang-undang dan peraturan pelesenan.

“DBKL menyita pelbagai peralatan di dalam premis seperti kondom dan minyak pelincir digunakan bagi tujuan aktiviti pelacuran mengikut Seksyen 29 Akta Hotel (WPKL) 2003 dan penutupan serta-merta mengikut Seksyen 18 Akta Hotel (WPKL) 2003,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here