Demi tiket Olimpik, Kian Meng keluar BAM

0
109
Kian Meng percaya peluangnya bersama Pei Jing untuk ke Olimpik masih ada

CYBERJAYA- Pemain beregu campuran negara, Tan Kian Meng mengambil keputusan untuk keluar daripada naungan Persatuan Bandminton Malaysia (BAM).

Kian Meng berkata, keputusan sukar itu diambil kerana beliau percaya peluangnya untuk ke Olimpik lebih cerah bersama pasangannya Lai Pei Jing.

Terdahulu, BAM pada hujung minggu lalu mengumumkan pengguguran lima pemain senior daripada skuad kebangsaan, termasuk Pei Jing.

Selepas pengguguran Pei Jing, difahamkan, BAM akan menggandingkan Kian Meng dengan pasangan lebih muda sekali gus menyebabkan ranking dunia jatuh.

Dalam temubual bersama Nadi Arena semalam, Kian Meng berkata, beliau sudah lama memikirkan perkara itu walaupun peluangnya untuk ke Olimpik tidak besar.

“Saya masih harap dapat kekal bersaing bersama Pei Jing. Kalau saya keluar (daripada BAM), peluang itu masih ada tetapi jika saya kekal, memang sah peluang sudah tiada.

“Saya masih mahu mencuba. Keputusan ini sememangnya sukar untuk dilakukan tetapi saya dan Pei Jing mempunyai sasaran tersendiri.

“Saya sudah bersedia walaupun sedar bukan senang untuk mencari penaja. Kami percaya kami masih boleh dan harap-harap akan dapat ke Sukan Olimpik,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here