‘Dine In’ : Bunch-Oh tetap jadi pilihan

0
121
Restoran Bunch-Oh di Malakat Mall

CYBERJAYA – Hari pertama kerajaan membenarkan pelanggan makan di dalam restoran (dine in) menyaksikan Bunch-Oh di Malakat Mall tetap menjadi pilihan pelanggan.

Ketua Pegawai Operasi Malakat Food, Aziz Juhari berkata, sejak dibuka pada pukul 8 pagi hari ini, Bunch-Oh tidak putus-putus menerima pelanggan, ada yang ‘bungkus’ dan ‘dine in’.

Ketua Pegawai Operasi Malakat Food, Aziz Juhari

Beliau berkata, pihaknya mengucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan kerana membenarkan pelanggan untuk makan di restoran walaupun dua orang untuk satu meja.

“Kambali hidup…itu yang boleh saya cakap bila kerajaan benarkan pelanggan makan di restoran. Perasaaan kami amat teruja kerana sudah salam terperap tidak dapat buat apa-apa.

“Sebelum ini kita hanya jual secara dalam talian dan ‘take away’ kepada pelanggan, tidak puas rasanya bila tidak dapat bawa pelanggan makan di dalam.

Bunch-Oh sentiasa pastikan SOP seperti ditetapkan kerajaan

“Memang betul, kita akan rugi jika lama tidak menerima kemasukan pelanggan sebab Bunch-Oh adalah restoran utama di Malakat Mall,” katamnya kepada Malakat Tribune hari ini.

Menurut Aziz, Bunch-Oh melancarkan beberapa produk baharu sempena pembukaan selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 kepada pelanggan.

“Sebelum ini kita terpaksa ‘hold’ dahulu produk in, jadi selepas pelanggan dibenarkan ‘dine in’ kita pasarkan terus hari ini untuk menu Sandwich, Pollo Pizza dan Captain Fried Chicken.

Hanya dua orang pelanggan dibenarkan untuk satu meja

“Untuk menu-menu lain di bunch-Oh pula, kami kekalkan semua menu sedia ada di sini untuk sarapan, makan tengah hari dan makan malam. Pelanggan pilih dan kami sediakan,” katanya.

Lebih menarik katanya, menu-menu di The Tarik Corner (TTC), It’s Thai dan Ayam Kampung Lejen juga dihimpunkan di Bunch-Oh bagi memudahkan pelanggan.

“Untuk ‘Lunch Padu’ kita masih kekalkan, cuma tempatkan di Bunch-Oh untuk memudahkan pelanggan yang ingin memilih menu nasi campur yang pasti harganya cuma RM5.

“Di Bunch-Oh kita mampu memuatkan sehingga 180 orang pelanggan dalam satu-satu masa dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan,” katanya.

Selain itu katanya, pihaknya juga menawarkan pelbagai promosi hebat untuk pelanggan seperti set sarapan RM5 iaitu set roti canai bersama teh tarik dan set nasi lemak bersama kopi ‘O’.

Pelanggan di Bunch-Oh hari ini

Seorang pelanggan, Effa Aziani Abdul Aziz, 29, berkata, beliau datang ke Bunch-Oh untuk makan tengah hari kerana ia berdekatan dengan tempat kerjanya.

“Sebelum ini pun memang saya selalu datang ke Malakat Mall dan makan di Bunch-Oh dan It’s Thai, jadi bila kerajaan dan benarkan makan di restoran saya datang kembali ke sini.

“Bagi saya di Bunch-Oh ini saya dapat memilih pelbagai jenis makanan yang diinginkan sebab macam-macam ada. Harganya juga amat berpatutan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here