Dr. Mahathir menyesal lantik Tommy Thomas sebagai Peguam Negara

0
445

CYBERJAYA – Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan kekesalannya melantik Tan Sri Tommy Thomas sebagai Peguam Negara.

Kesesalan itu dinyatakan Dr. Mahathir dalam wawancara bersama portal berita Free Malaysia Today yang disiarkan hari ini.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, beliau akan melantik orang lain jika tahu lebih awal Tommy bersikap demikian (kritikan dan luahan Tommy Thomas)

“Kalau saya tahu jadi begini, saya akan lantik orang lain tentunya. Tetapi pada masa itu, saya fikir ia akan memberi pengalaman baharu untuk ada Peguam Negara yang profesional,” katanya dalam wawancara bersama portal Free Malaysia Today.

Dr Mahathir turut mendakwa kritikan yang dibuat Tommy Thomas itu ada kaitan dengan krisis kehakiman pada 1987 yang menyaksikan Tun Salleh Abas dipecat sebagai Ketua Hakim Negara.

Untuk rekod, krisis kehakiman itu berlaku ketika Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri kali pertama.

“Saya tidak sedar  Tommy Thomas masih ada kesan sejarah lepas yang nampaknya masih mempengaruhinya,” ujar Dr Mahathir.

Bekas Pengerusi Pakatan Harapan itu berkata, beliau tahu Tommy  Thomas “menentangnya” ketika menjadi Perdana Menteri buat kali pertama.

Dalam wawancara itu, Dr Mahathir juga memberitahu, beliau sudah menjangkakan orang Melayu akan marah, tetapi tetap meneruskan pelantikan itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here