Dulu tangan lembut urut pelanggan, kini ligat putar mesin ABC

0
238
Norazni (kiri) bersama pekerja di gerainya Kampung Bukit Kelulut di Jempol, Negeri Sembilan

CYBERJAYA –  Dahulunya tangan Norazni Md. Tolah dan pekerjanya membelai lembut mengurut pelanggan dan membuat rawatan ‘facial’ mengikut kehendak pelanggan.

Namun, selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mereka tidak dapat membuka kedai menawarkan perkhidmatan berkenaan kepada pelanggan lagi.

Gerai Norazni di Kampung Bukit Kelulut di Jempol, Negeri Sembilan

Tiada kepastian sampai bila PKP berakhir kerana pelaksanaannya bergantung kepada keadaan pandemik Covid-19 di negara ini, Norazni tampil dengan inisiatif lain.

Norazni memilik untuk menjual ABC, Mango Float, Rojak Mee dan pelbagai lagi makanan di simpang rumahnya di Kampung Bukit Kelulut Jempol, Negeri Sembilan.

Katanya, inisiatif berkenaa bagi menampung segala kos yang terpaksa ditangung selepas Nur Alwani Beauty & Spa miliknya di Jempol tidak dapat beroperasi.

“Apabila spa tidak dapat beroperasi, saya ligat cari idea untuk meneruskan kelangsungan bersama pekerja, gaji kena bayar dan sewa spa juga sama.

ABC hakak Spa

“Saya tidak akan tinggalkan pekerja begitu sahaja, jadi kami sama-sama berusaha. Semasa PKP pertama tahun lalu juga perkara sama berlaku,” katanya.

Menurut Norazni, sambutan pelanggan amat menggalakkan sejak gerainya dibuka pad ahari pertama PKP lagi dan beliau juga ada tawarkan penghantaran ke rumah.

“Alhamdulilah sambutannya baik, siapa sangka dahulunya kita mengurut pelanggan  tetapi sekarang ligat ‘pusing’ mesin ABC pula,” katanya.

Cendol Kelulut Hakak Spa

Selain itu katanya, gerainya kini menawarkan satu lagi menu baharu kepada pelanggan iaitu Cendol Kelulut yang menggunakan gula anau asli hasil resepi tersendiri.

“Menu baharu ini kami buat selepas ramai pelanggan datang tanya cendol, jadi tidak lengkap rasnya bila ada ABC kami tiada cendol, jadi kami buat menu baharu ini.

Pelanggan juga bleh membeli secara pandu lalu

“Nama kelulut itu pula sebenarnya kami guna sempena nama Kampung Bukit Kelulut, Alhamdulilah sambutannya amat baik. Terima Kasih semua,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here