Duta Itali ke Congo terbunuh dalam serangan

0
63

GOMA – Duta Itali ke Congo, Luca Attanasio dilaporkan terbunuh dalam satu serangan ke atas sebuah konvoi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Menurut The Guardian, turut terbunuh dalam serangan itu adalah seorang anggota polis tentera Itali, dipercayai pengawal peribadi duta tersebut.

Jurucakap Kementerian Luar Itali dalam kenyataan kepada media berkata, serangan tersebut berlaku di Taman Negara Virunga yang terletak di timur Congo.

Motif serangan tersebut dipercayai satu cubaan menculik kakitangan PBB untuk dijadikan tebusan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here