Ebit Lew bersama Annuar rancang sediakan restoran percuma di KL, Putrajaya

0
168
Annuar Musa (kiri) menyampaikan cenderamata kepada Ebit

CYBERJAYA – Pendakwah terkenal, Ebit Lew bakal bekerjasama dengan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa untuk menyediakan restoran percuma di Kuala Lumpur dan Putrajaya untuk mereka yang memerlukan.

Ebit berkata demikian dalam satu hantaran menerusi laman Facebooknya selepas mengadakan pertemuan dengan Annuar di pejabatnya hari ini.

“Perkara yang akan dilakukan bersama menyediakan tapak berniaga untuk penjaja seperti ‘food court’ dan membantu mereka dari segi dana dan lain-lain.

“Kami juga akan buat ‘restoren free’ untuk mereka yang memerlukan dan lapar untuk makan di Kuala Lumpur dan Putrajaya,” katanya.

Dalam pada itu, Ebit berkata, mereka juga berbincang untuk membuka tempat penginapan baharu untuk golongan gelandangan di Kuala Lumpur.

“Sedih sayu tadi berbual tentang orang susah. Ramai yang dah dibantu tapi ramai lagi yang masih memerlukan.

“Kami berbincang mengenai masalah kemiskinan dan kesusahan masyarakat kita. Beliau kata, ustaz tak penat ke merata sana sini dengan tenaga dan dana yang banyak?

“Jawab saya Tan Sri lagi penat, saya cuma sedikit berbanding usaha kerajaan dan badan yang lain. Senyuman pada wajah orang miskin dan doa mereka sangat besar nilainya.

“Terima kasih Tan Sri. Semoga Allah beri kebaikan dan kekuatan terus membantu masyarakat. Semoga menjadi asbab kebaikan,” ujarnya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here